1) Pilih yang berjenama – Untuk mendapatkan external hard disk, adalah dinasihatkan untuk memilih hard disk yang berjenama. Ini kerana, walaupun hard disk yang berjenama biasanya lebih mahal tetapi untuk jangkamasa panjang ianya lebih menguntungkan. Jika kita memilih jenama yang kurang dikenali dan murah, kemungkinan untuk cepat rosak adalah tinggi. Seterusnya boleh menyebabkan kita kehilangan data yang kita simpan dalam hard disk tersebut. Selain itu, kebaikan memilih yang berjenama adalah kebiasaannya yang berjenama menyediakan jaminan yang lebih lama. Oleh itu, jika hard disk kita rosak dalam masa jaminan, hard disk akan dibaiki secara percuma.
2) Membuat penyelidikan sebelum membeli – Adalah lebih bagus sekiranya kita melalukan penyelidikan terlebih dahulu berkenaan dengan hard disk yang kita ingin beli. Kita boleh survey di internet dengan menggunakan enjin pencari seperi google, yahoo dan sebagainya. Melalui internet, kita boleh mendapatkan maklumat seperti harga, jenama, spesifikasi dan lain-lain yang berkaitan supaya kita dapat membuat perbandingan terhadap jenama hard disk yang ada di pasaran. Kita juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan external hard disk yang kita memang ingin beli supaya kita mengetahui kelebihan dan kekurangan hard disk tersebut. Seterusnya dapat lebih meyakinkan kita untuk membelinya.
3) Sambungan pada hard disk – Untuk membeli external hard disk, jenis sambungan pada hard disk tersebut perlu dipastikan supaya kita dapat pilih yang lebih laju penghantarannya. Kebiasaannya terdapat dua jenis sambungan yang ada iaitu sambungan berdasarkan USB iaitu Universal Serial Bus atau sambungan berdasarkan Firewire. Firewire lebih laju tetapi tidak semua PC mempunyai sambungan Firewire. So perlu pastikan terlebih dahulu samada terdapat sambungan Firewire pada PC anda. Tetapi pada masa sekarang, USB port memang ada pada kebanyakan PC, so untuk memudahkan kita, lebih baik pilih yang berdasarkan sambungan USB. Selain itu, untuk sambungan USB ada dua kelajuan yang ada iaitu USB 1.0 dan USB 2.0. Sememangnya USB 2.0 adalah lebih laju. Cuma yang penting, periksa sambungan USB yang ada pada PC kita terlebih dahulu supaya senang kita memilih external hard disk yang kita nak beli.
4) Kelajuan – Seperti biasa, semua orang mesti nak hard disk diorang laju dan cepat memindahkan data. Untuk memastikan kita membeli hard disk yang laju, tiga perkara penting perlu diketahui berkenaan hard disk tersebut iaitu seek time, buffer size, dan RPM. Seek time (masa cari) yang perlu adalah kurang daripada 10ms. Manakala saiz buffer (saiz cache) yang sesuai adalah 4MB ke atas. Lebih besar saiz cache tersebut akan menyebabkan penghantaran data lebih laju. Yang ketiga adalah RPM, iaitu lagi besar nilai RPM lagi laju hard disk tersebut. RPM yang minimum untuk kelajuan yang baik adalah 5400 RPM (round per minutes)
5) Saiz hard disk – Perkara terakhir yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli had disk adalah saiz atau kapasiti hard disk tersebut. Ini sememangnya, kriteria yang memang sentiasa dipertimbangkan oleh pembeli hard disk. Untuk saiz hard disk, kita pilih berdasarkan kemampuan atau bajet kita semasa membeli hard disk. Jika kita mampu membeli hard disk yang bersaiz besar, belilah yang besar. Kebiasaannya saiz hard disk adalah 120GB, 160GB, 320GB dan seterusnya sehinggalah ke 1TB. 1TB bersamaan dengan 1000GB! Besarkan?!. Apapun sebelum beli tu, tambah extra %50 kepada saiz yang kita rasa kita perlu. Ini kerana kebiasaannya, selepas kita beli hard disk, banyak data yang kita akan simpan.
KENALILAH PENCIPTA UNTUK MENGENAL DIRI KITA... DENGAN MENGENAL PENCIPTA HATI MENJADI TENANG… SESUNGGUHNYA RASA KEHAMBAAN DATANG DARI RASA… JIWA YANG MENGENAL PENCIPTA… DENGAN ITU BARULAH DATANG SEMANGAT UNTUK BELAJAR… KERANA BELAJAR ADALAH TUNTUTAN PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T.
Isnin, 27 September 2010
Cara check bil maxis
Jika celcom kita boleh check bil secara online untuk postpaid bill dan broadband bill, bagaimana pula dengan maxis adakah ada cara untuk cek bil secara online. Tentu anda tertanya-tanya bukan? Cuba cara di bawah...
Kita boleh cek bil maxis prepaid iaitu hotlink secara online. Caranya adalah pergi ke Hotlink untuk tgk e-statement. Cuma kita kena daftar no telefon prepaid dan isi borang pendaftaran. Boleh la cuba dulu. Saya sendiri pun dah lama tak tgk statement tu.
Semoga berjaya...
Kita boleh cek bil maxis prepaid iaitu hotlink secara online. Caranya adalah pergi ke Hotlink untuk tgk e-statement. Cuma kita kena daftar no telefon prepaid dan isi borang pendaftaran. Boleh la cuba dulu. Saya sendiri pun dah lama tak tgk statement tu.
Semoga berjaya...
Ahad, 26 September 2010
Check bil Celcom Online
Untuk sesiapa yang melanggan perkhidmatan daripada syarikat celcom samada postpaid atau celcom broadband, bolehlah menggunakan website yang disediakan untuk melihat penyata bagi bil masing-masing. Website tersebut boleh diakses pada alamat berikut iaitu:- https://onlinecustomerservice.celcom.com.my/application/wss/
Pada laman web ni, kita kena daftar dulu dan masukkan no telefon bagi bil masing-masing serta buat password sendiri.
Pada laman web ni, kita kena daftar dulu dan masukkan no telefon bagi bil masing-masing serta buat password sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)