Photobucket

Rabu, 20 Oktober 2010

Kisah Rasulullah Membangun Ekonomi Islam.

Sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah, pasar dan sistem perdagangan di kota itu dikuasai dan dimonopoli sepenuhnya oleh orang–orang Yahudi. Maju mundurnya masyarakat Madinah saat itu secara tidak langsung diatur oleh kapitalis Yahudi. Di dalam masyarakat terjadi penindasan, penzaliman dan riba dimana–mana. Setelah Rasulullah hijrah ke Madinah, maka selaku pemimpin, Baginda tidak bisa berdiam diri melihat kekacauan masyarakat Madinah yang bersumber pada eksploitasi oleh sistem ekonomi kapitalis. Langkah yang diambil Baginda adalah mengerahkan Sayidina Abdul Rahman bin Auf, seorang hartawan, untuk membangun sistem ekonomi bertaraf ALLAH dan Rasul. Sayidina Abdul Rahman bin Auf memulai dengan membangun pasar yang dikelola seratus persen oleh umat Islam sendiri berlokasi tidak jauh dari pasar Yahudi, yang kemudian diberi nama “Suqul Anshar“ atau pasar Anshar. Semua orang Islam dihimbau untuk berjual beli dan melakukan semua aktiviti perdagangan di pasar itu tanpa bekerjasama sedikitpun dengan Yahudi dan tanpa terlibat dengan segala produk atau barang mereka. Dengan semangat perpaduan serta ketaatan pada ALLAH dan Rasul-Nya umat Islam saat itu menumpukan perhatian semata-mata di Suqul Anshar. Bahkan bukan itu saja, kerana dalam sistem ekonomi Islam tidak ada penindasan atau riba serta amat memberi kemudahan dan di dalamnya juga terdapat semangat perpaduan dan rasa ber-Tuhan yang tajam, maka banyak orang bukan Islam dan orang luar kota pun tertarik untuk berdagang ke Suqul Anshar.
.
Hasil dari perjuangan itu maka dalam waktu singkat ekonomi Madinah beralih ke tangan umat Islam, sehingga ekonomi Yahudi yang sudah ratusan tahun, gulung tikar dan bangkrut bahkan mereka menjadi miskin dan akhirnya menutup pasar mereka. Dan karena sebab itu jugalah maka sampai saat ini mereka sangat membenci dan dendam pada umat Islam dan sangat menginginkan secara ekonomi, umat Islam berada dalam kekuasaan mereka tanpa umat Islam menyadarinya.
.
Demikianlah, perpaduan umat Islam saat itu dalam ketaatan kepada ALLAH dan Rasul-Nya, berhasil membangun ekonomi Islam dan sekaligus merobohkan musuh tanpa berperang secara fisik. Dan seharusnya kita sebagai umat Islam meneladani dan mengikuti sunnah Nabi kita sebagai suatu strategi untuk membangun sistem ekonomi Islam.
.
Wallah hua'lam.

Kisah-Kisah Ahli Sufi

Berkat Tawakal Si Anak Kecil..Zunnun Al Mishri, merupakan seorang ahli sufi terkenal. Suatu hari beliau pergi menjala ikan di laut bersama-sama anak gadisnya yang masih kecil. Setelah bersusah payah menebarkan jala beberapa lama, akhirnya beliau berjaya menangkap seekor ikan. Anak gadisnya melihat mulut ikan itu bergerak-gerak seperti sedang berzikir, lalu dia mengambil ikan itu dan mencampakkannya ke laut semula.
.Zunnun terkejut dan hairan. "Mengapa kau membuang rezeki yang kita perolehi?" tanyanya. Anak itu menjawab: "Saya tidak rela makan makhluk yang berzikir kepada Allah. Ayah, marilah kita bertawakal kepada Allah semoga Dia merezekikan kita benda yang tidak berzikir kepada-Nya."
.Kedua-duanya pun balik dengan tangan kosong. Setelah petang mereka belum juga mendapat sesuatu untuk dimakan sedangkan perut sudah mulai lapar. Apabila malam, tiba-tiba turunlah hidangan dari langit yang terdiri daripada berbagai jenis makanan. Maka makanlah keduanya dari rezeki itu. Keadaan itu berlangsung sampai lebih kurang 12 tahun.
.Zunnun menyangka bahawa kurnia dari Allah itu adalah disebabkan dirinya yang banyak beribadah dan berdoa kepada Allah. Sehinggalah suatu hari anak perempuannya itu meninggal dunia. Ternyata hidangan dari langit tidak turun lagi berikutan kematian anaknya itu. Barulah Zunnun sedar bahawa kurnia Allah itu disebabkan ketinggian tawakal anak perempuannya yang sudah mati itu.

Akibat Meninggalkan Solat

Buat mereka yang selalu meninggalkan kewajipan kepada Allah SWT iaitu "solat", hayatilah kisah ini semoga menjadi pengajaran.
.Ketika Rasulullah SAW bersama dengan beberapa para sahabat duduk di masjid, tiba-tiba datang seorang pemuda sambil menangis. Lalu Rasulullah SAW pun bertanya : "Apakah yang menyebabkan engkau menangis, wahai pemuda?" Lalu dijawab pula oleh pemuda tersebut : "Wahai Rasulullah, ayahku telah meninggal dunia, sedangkan kami tiada sebarang kain untuk dijadikan kafannya, dan tiada pula orang yang akan memandikan mayatnya".
.Rasulullah SAW pun segera mengamanahkan kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar untuk menguruskan mayat ayah pemuda tersebut. Tidak berapa lama selepas itu, kedua-dua sahabat tadi kembali semula kepada Baginda SAW lalu berkata : "Wahai Rasulullah, kami lihat mayat itu seperti babi hutan yang hitam".
.Lalu Rasulullah SAW pun segera pergi ke rumah pemuda tersebut dan seraya berdoa di sisi mayat tersebut sehingga rupanya pulih seperti biasa. Setelah dimandi dan dikafankan, Rasulullah pun menyembahyangkannya. Tetapi, ketika mayat tersebut hendak dikuburkan, ianya bertukar semula kepada rupa babi hutan yang hitam.
.Setelah selesai mengkebumikan mayat ayah pemuda tersebut, Rasulullah SAW pun bertanya kepada pemuda itu : "Perbuatan apakah yang dilakukan oleh ayahmu ketika di dunia?". Lalu pemuda itu menjawab : "Ayahku meninggalkan solat".
.Selepas itu, Rasulullah SAW pun menghadap kearah para sahabat lalu bersabda : "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat, maka akan dibangkitkan juga oleh Allah SWT pada hari kiamat seperti babi hutan yang hitam".
.Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua.

"Hikmah Disebalik Peristiwa"

ABU LAITS AS-SAMARQANDI di dalam Tanbihul Ghafilin menceritakan, ada nabi-nabi yang bukan rasul, menerima wahyu dalam bentuk mimpi. Seorang nabi telah bermimpi menerima perintah berbunyi: "Esok engkau keluar dari rumah waktu pagi menghala ke barat. Engkau hendaklah membuat lima perkara. Yang pertama engkau jumpa, makanlah. Kedua, engkau sembunyikan. Ketiga, engkau terimalah. Keempat, jangan putuskan harapan. Kelima, larilah daripadanya."
."makanlah akannya".
.
Esok harinya nabi itu pun keluar menuju ke barat. Yang pertama ditemuinya ialah sebuah bukit berwarna hitam. Dia kebingungan. "Sungguh aneh, aku diperintah memakan apa yang pertama aku temui." Dengan bertawakal kepada Allah, dia menuju ke bukit tersebut untuk memakannya. Tiba-tiba bukit itu menjadi kecil sebesar roti. Maka nabi itu pun memakannya. Rasanya sungguh manis seperti madu. Dia pun mengucap syukur kepada Allah.
."sembunyikan ia".
.
Selepas itu bertemu pula sebuah mangkuk emas. Lantas dia menggali lubang untuk menyembunyikannya. Apabila mahu berangkat, mangkuk itu terkeluar semula. Lalu di tanamkannya kembali. Tetapi ia terkeluar juga, sehingga tiga kali berturut-turut. Nabi itu berkata, "Aku telah melaksanakan perintah-Mu," sebelum meneruskan perjalanannya.
."terimalah ia".
.
Sejurus kemudian dia terserempak dengan seekor burung kecil dikejar seekor helang. Burung kecil itu merayu, "Wahai nabi Allah, tolonglah aku." Dia berasa simpati. Diambilnya burung itu lalu memasukkannya ke dalam bajunya.
."jangan putuskan harapan".
.
Helang itu datang menghampirinya dan berkata, "Wahai nabi Allah. Aku sangat lapar. Aku telah mengejar burung itu sejak pagi lagi. Janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Teringat akan mimpinya, dia lalu memotong sedikit daging pehanya buat mengganti rezeki helang itu.
."larilah daripadanya".
.
Dengan pehanya yang luka, Nabi itu meneruskan perjalanan demi menunaikan perintah Allah. Sebentar kemudian, dia terlintas dengan satu bangkai yang amat busuk. Tergesa-gesa dia lari kerana tidak tahan akan baunya.
.Maksud di sebalik peristiwa :-
.
Setelah kembali, pada malam harinya nabi itu berdoa: "Ya Allah, Aku telahpun melaksanakan sepertimana yang diarahkan. Maka tolonglah jelaskan apakah ertinya semua ini."
.
Ketika tidur dia bermimpi lagi. Allah memberitahu :
."Yang pertama engkau makan, ialah marah. Mulanya besar, tetapi jika bersabar dan dapat mengawalnya, ia akan menjadi lebih manis daripada madu."
." Kedua , amal kebaikan , walaupun disembunyikan, ia tetap akan nampak jua."
." Ketiga , jika sudah menerima amanah , janganlah khianat kepadanya."
." Keempat , jika orang meminta padamu, usahakanlah menunaikan hajatnya meskipun engkau sendiri berhajat."
." Kelima , yang busuk itu ialah ghibah (mengumpat atau mendedah keaiban orang lain). Larilah dari mereka yang membuat ghibah."
.
Wallah hua'lam.

Renungan"Air mata Taubat"

Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
.
Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."
.
Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."
.
Bagaimana pula dengan kita. Pernahkah kita menangis apabila terbuat dosa? Sesungguhnya air mata taubat dari seseorang manusia itu boleh menyelamatkannya dari bakaran api Neraka.
.Renungan..........
.
Bersegeralah Bertaubat.
Marilah kepada-Ku, wahai hamba-hamba-Ku,
Bersegeralah pulang, ke pangkuan-Ku,
Bersegeralah bertaubat selalu,
Aku tetap menerimamu, percayalah,
Aku tahu kamu hamba-hamba-Ku, ciptaan-Ku,
Kamu adalah lemah, kelalaian dan kealpaan adalah watakmu,
Aku mahu akuilah kelemahan itu.
.
Setiap kali bersalah kamu datang pada-Ku,
Kemudian mengakulah bersalah,
Menangislah di depan-Ku,
tanda penyesalan yang tidak sudah,
Kalau engkau lakukan lagi tanpa nawaitu,
Datang lagi kepada-Ku,
Mengakulah salah, menyesallah, merintihlah, menangislah,
Ketahuilah wahai hamba-hamba-Ku,
Rintihan orang yang berdosa,
Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya'.
.
Wahai hamba-hamba-Ku,
Jangan bertangguh-tangguh lagi,
Siapalah yang tidak bersalah,
kamu adalah hamba,
Tapi Aku suka orang yang mengaku salah,
Aku cinta kepada orang yang bertaubat,
Minta ampunlah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku,
Aku tetap menerimamu ,
bukankah Aku Tuhanmu,
Kasih-Ku kepada hamba-hamba-Ku,
Lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya,
Begitulah kehendak Allah kepada hamba-hamba-Nya,
Mengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah.
.
Wallah hua'lam.

Warkah Tazkirah

Rasulullah SAW, manusia agung yang sangat serius dengan Tuhannya. Pernah Sayidina Umar bin Khattab r.a. ; ketika berziarah ke rumah baginda, merasa terharu menyaksikan seorang kekasih Allah sedang berbaring di atas tikar yang merupakan susunan pelepah-pelepah kurma.
.
Nampak bekas jalur tikar di tubuhnya. Di dalam rumah baginda yang penuh barakah itu, tidak ternampak peralatan lambang kemewahan, hanya ada almari yang berisi segantang gandum kasar. Kemudian Sayidina Umar r.a. menangis di hadapan Nabi SAW.

.
Rasulullah bertanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Umar?"
.
"Aku melihat para Kaisar dan Kisra serta raja--raja lain tidur di atas katil mewah beralaskansutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur beralaskan tikar seperti ini," jawab Sayidina Umar.
.
"Wahai Umar, tidakkah engkau sependapat denganku. Kita lebih suka memilih kebahagiaan Akhirat sedang mereka memilih dunia."
.
Itulah jawapan seorang hamba pilihan Tuhan. Luluhlah hati Sayidina Umar mendengar jawapan daripada Rasulullah SAW itu. Begitulah gambaran peribadi seorang yang sangat mencintai dan takut dengan Tuhan . Bukan hanya dalam keadaan susah beliau boleh mengekalkan kehambaannya tapi dalam keadaan mewah dan kedudukan yang tinggi sekalipun Rasulullah tetap merasakan kehambaannya.
.
Lantaran itulah baginda memilih kemiskinan daripada kemewahan.Inilah lambang keseriusan hatinya dengan Tuhan . Begitu serius untuk memperhambakan diri kepada Tuhan. Serius dalam mencari cinta dan redha Tuhan.
.
Wallah hua'lam.

Maha Bijaksananya Tuhan Kita

Terjumpa satu sajak yang menarik , "Kasihmu Semerbak Firdausi - Ruhana Zaki".

Kita minta kepada Tuhan setangkai bunga segar
DIA beri kita kaktus berduri
kita minta kupu-kupu
diberi ulat berbulu
kita sedih dan kecewa
namun kemudian..
kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu
yang sangat cantik
Itulah jalan TUHAN
indah pada masanya
TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan
tapi DIA memberi apa yang kita PERLUKAN
kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka
tapi jauh di atas segala-galanya
DIA sedang mengatur yang terbaik dalam
kehidupan kita

Tepat sekali kata-kata dalam sajak di dalam sajak di atas. Andai setiap ketika ditimpa musibah atau ujian kita boleh berfikiran sedemikian, alangkah baiknya..

Tujuan Sebenar Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.

Merasai diri ini hanyalah seorang hamba, itulah tujuan sebenar hakikat kejadian kita. Kita hanyalah hamba dan setiap hamba itu dimiliki oleh tuan. Dan aku bersyukur aku adalah milik Tuhanku ALLAH swt.Tiada apa yang menyamai sifat2 ALLAH.

ALLAH, Tuhan yang MAHA ADIL,IA tdk pernah menzalimiku, hanya aku yg menzalimi diri ku sendiri.ALLAH, Tuhan yg MAHA PEMURAH, semua yg aku ada DIAlah yang memberinya, DIA memberi apa yg aku minta juga apa yg aku tidak minta, DIA juga memberi sebelum aku minta, DIA memberi tanpa meminta apa jua balasan, DIA memberi walaupun aku sering lupa mengucapkan terima kasih.

ALLAH, Tuhan yg MAHA PENYAYANG, DIA menyayangiku lebih dpd ibu bapaku menyayangiku, DIA menyayangiku setiap saat dan waktu walaupun ketika aku tdk mengenaliNYA dahulu, DIA menyayangiku tanpa meminta utk aku menyayangiNYA, DIA menyayangiku tanpa meletakkan apa2 syarat.

Aaah.. nikmat sekali menjadi hambaMU YA ALLAH..Aku bersyukur menjadi hambaMU dan aku berlindung dgnMu dr menjadi hamba kepada selainMU.Aku sedar nikmat ini adalah anugerah tertinggiMu.Aku memohon ajarilah aku lagi ttg sifat2Mu agar aku mengenaliMu sedalam-dalamnya agar aku dapat menjalani hidupku sebagai hamba yg KAU redhai dan sayangi.Aku memohon dariMu agar aku dapat menggunakan hayat yg masih kau pinjamkan ini untuk aku dpt mensyukuriMu, mengagungkanMu, mensucikanMu, memuliakanMu dan menegakkan kalimahMu.Amin.

"Wahai jiwa yg tenang! Kembalilah kpd TuhanMu dgn hati yg redha dan diredhaiNYA. Masuklah ke dalam golongan hamba2Ku.Dan masuklah ke dalam syurgaku.(surah Al-Fajr :27~30)

Moga aku tergolong di dalam golongan itu.Amin

Kerja Halal Gaji Tidak...

Gaji aku banyak tetapi tidak pernah cukup, makin banyak gaji makin tak cukup jadinya, mengapa ya? Adakah konsep "live below your mean" harus aku lakukan atau ada sebab lain disebaliknya? Tambahan pula dengan harga minyak yang naik sekarang ini adakah aku harus lebih berjimat cermat.

Pernah terdengar orang yang gajinya kecil tetapi mampu menyara keluarga yang ramai, rata rata memberi komen, kerjanya halal dan rezekinya berkat, bagaimana pula dengan diriku? Aku bukan melakukan kerja yang haram, macamana tidak berkat pula?"

Adakah persoalan ini sering melanda fikiran kita, tertanya-tanya mengapa, jawapannya memang mudah cuma diri kita tidak sedar akan hukum alam mengenai duit itu sendiri.

Sebenarnya kertas yang dipanggil duit, wang atau fulus yang tersimpan didalam dompet atau poket kita itu sebenarnya bukanlah duit, ia hanya mewakili duit. Saya yakin ramai yang tahu tetapi kelalaian kita membuatkan kita terlupa. Konsepnya sama dengan dosa dan pahala tetapi dosa dan pahala tidak dapat kita lihat kerana ianya perjanjian/perhitungan antara kita dengan Allah, tetapi duit pula dapat dilihat kerana ianya perjanjian kita sesama manusia, itupun setelah ia di"fizikal"kan oleh manusia sendiri.

Di zaman mulanya era perdagangan, manusia bertukar barangan (barter) untuk membolehkan mereka menikmati hasil kerja titik peluh orang lain dengan hasil diri mereka sendiri, Ali punya beras, Baba punya ubi, Ali dan Baba bersetuju bertukar sesama sendiri, si Ali merasa ubi si Baba, dan si Baba merasa beras si Ali, mereka memberi khidmat sesama sendiri dan dengan itu dapat merasa barangan lain hasil titik peluh manusia lain mengikut persetujuan dengan kadar mana yang dirasakan adil pada masa tersebut. Manusia ber"akad" bersetuju seakan kontrak atau perjanjian didalam semua urusan.

Bila urus niaga semakin kompleks, tidak lah lagi sesuai untuk bertukar barangan, disini tercipta lah duit, jadi duit sebenarnya adalah untuk mewakili ganjaran pada perkhidmatan yang diberikan. Jadi jika kita berkhidmat untuk orang lain baru lah ada ganjaran untuk kita, jika kita berbuat baik, pahala, berbuat jahat, dosa, berkhidmat atau berkerja, duit dari segi keuntungan perniagaan, gaji atau pendapatan. pendapatan.

Didalam dunia ini tiada yang percuma, semua ada tindakbalasnya, jika kita anggap udara yang kita sedut setiap masa ini adalah percuma, fikirkan kembali, ia tidak percuma sebenarnya, kita berkhidmat dengan tumbuh-tumbuhan, memberi karbon dioksida dan pokok memberi kita oksigen, disebabkan manusia memusnahkan pokok, lapisan ozone menjadi mangsa dan tak secara langsung kita jugak merasa bahananya. Jangan anggap kita tiada kena mengena dalam hal ini sebab bukan kita yang tebang pokok, bukan kita yang bakar hutan, kita kena ingat, perabot yang kita pakai, roti canai yang kita makan, semuanya disebabkan oleh kita yang mahukan kayu dan mahukan gandum dan ditambah dengan pembalak dan peladang yang tamakkan keuntungan, dari resepi ini, kita semua merasakan masakannya (recipe for disaster).

Jadi berbalik kembali kepada gaji kita yang kita terima setiap bulan, adakah ianya benar-benar hak kita? Katalah kita bersetuju/berakad/kontrak dengan majikan untuk bekerja selama 10 jam sehari dengan gaji $1000 sebulan (contoh untuk memudahkan pengiraan). Jika masa bekerja kita banyak gunakan untuk lepak lama dikafeteria, baca suratkhabar, berbual kosong dengan rakan-rakan, buat part time direct selling dan macam-macam lagi sedangkan ada fail-fail kerja yang bertangguh diatas meja, katakan lah secara puratanya kita berkerja/berkhidmat secara jujurnya 6 jam sahaja sehari, adakah $1000 sebulan itu duit kita? Sebenarnya gaji kita yang "halal" hanyalah $600 sahaja.

Baki $400 itu bukanlah hak kita dan bila ianya bukan hak kita (disebabkan kita menerima ganjaran yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang kita berikan) maka duit itu akan "lari" daripada kita.

Duit sebenarnya ber"nyawa", duit tahu yang kita bukan tuannya dan suasana dunia akan merubah untuk menegakkan keadilan, kerana Allah itu maha Adil. $400 yang akan lari dari kita itu bukan kerana Allah tidak sayangkan kita, tetapi kerana Allah maha adil memulangkan pada tuan punya duit tersebut.

Bagaimana caranya? Apa sahaja kejadian yang menyebabkan kita terpaksa keluarkan duit tanpa kerelaan kita, itu lah sebenarnya cara duit akan lari pada kita, sakit, anak isteri sakit, kemalangan, kena saman, dirompak, diragut, sangkut dalam traffic jam dan macam-macam lagi, semua itu adalah cara duit itu akan kembali pada tuannya. Contohnya, bila kita rosak, mekanik kereta tersenyum duit masuk, mekanik bayar cukai jadi duit itu kembali kepada tuan asalnya jika kita bekerja dengan kerajaan bagi contoh diatas.

Kita semua berkait antara satu sama lain, dari sudut quantum physic, kita semua berkait (entanglement), begitu juga jika diambil kira dari "teori big bang" dan juga kejadian Adam, kita semua berkait antara satu sama lain. Jadi jika kita ambil hak orang lain, sesuatu akan berlaku dalam hidup kita untuk memulangkan kembali hak tersebut.

Contoh yang saya berikan diatas untuk diri kita yang berkerja, bagaimana pula mereka yang mengambil rasuah, makan harta anak yatim, menipu, mencuri? Perhatikanlah hidup mereka adakah aman dan tenteram? Anak-anak kita, adakah mereka boleh menjadi soleh dan solehah jika makanan yang kita suap adalah bukan hak kita? Allah melarang kita makan harta anak yatim, rasuah, riba dan sebagainya itu adalah untuk melindungi kita sendiri sebenarnya, Allah mahu kita hidup aman dan damai tetapi sikap kita sendiri yang mengundang musibah.

Semuanya berpunca dari diri kita, jika kita sedar akan konsep ini, kita akan lebih berhati-hati dalam tindak tanduk perbuatan kita kerana kita tahu semuanya akan berbalik pada diri sendiri.

Jadi gaji $1000 sebulan, tolak duit rumah, ansuran motor, makan cukup-cukup $1000, tetapi disebabkan sakit, motor rosak, tayar pancit, duit $1000 tu tetap tak cukup. Jadi sebelum kita bentangkan budget bulanan, periksa dulu adakan gaji yang kita terima contohnya $1000 sebulan itu benar-benar $1000? Jika mahu 100%, ubah lah cara kerja, buat lah kerja dengan ikhlas dan jujur supaya gaji yang kita terima itu adalah hak kita sebenar-benarnya ganjaran atas perkhidmatan yang kita berikan. Jika tidak mahu ubah cara kerja,tetap nak "mengular", ponteng dan sebagainya, janganlah nak marah jika musibah berlaku kerana semuanya salah diri sendiri. Sebelum salahkan takdir, fikirkan dahulu adakah kita yang mengundangnya?

Jadi kenapa Islam menggalak kan sedekah dan zakat? Salah satu sebabnya menyucikan harta, pendapatan kita supaya ianya kembali pada yang hak. Agak sukar untuk betul mengira masa kerja dan gaji yang setimpal tetapi amat mudah untuk memberi sedekah, $1 atau $1000 bukan jadi ukuran, ikhlas yang lebih utama.

Berfikir itu mudah tetapi tidak ramai yang mahu melakukannya...

Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2008/05/kerja-halal-gaji-tidak.html#ixzz12y55ULzr