Photobucket

Rabu, 20 Oktober 2010

Akibat Meninggalkan Solat

Buat mereka yang selalu meninggalkan kewajipan kepada Allah SWT iaitu "solat", hayatilah kisah ini semoga menjadi pengajaran.
.Ketika Rasulullah SAW bersama dengan beberapa para sahabat duduk di masjid, tiba-tiba datang seorang pemuda sambil menangis. Lalu Rasulullah SAW pun bertanya : "Apakah yang menyebabkan engkau menangis, wahai pemuda?" Lalu dijawab pula oleh pemuda tersebut : "Wahai Rasulullah, ayahku telah meninggal dunia, sedangkan kami tiada sebarang kain untuk dijadikan kafannya, dan tiada pula orang yang akan memandikan mayatnya".
.Rasulullah SAW pun segera mengamanahkan kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar untuk menguruskan mayat ayah pemuda tersebut. Tidak berapa lama selepas itu, kedua-dua sahabat tadi kembali semula kepada Baginda SAW lalu berkata : "Wahai Rasulullah, kami lihat mayat itu seperti babi hutan yang hitam".
.Lalu Rasulullah SAW pun segera pergi ke rumah pemuda tersebut dan seraya berdoa di sisi mayat tersebut sehingga rupanya pulih seperti biasa. Setelah dimandi dan dikafankan, Rasulullah pun menyembahyangkannya. Tetapi, ketika mayat tersebut hendak dikuburkan, ianya bertukar semula kepada rupa babi hutan yang hitam.
.Setelah selesai mengkebumikan mayat ayah pemuda tersebut, Rasulullah SAW pun bertanya kepada pemuda itu : "Perbuatan apakah yang dilakukan oleh ayahmu ketika di dunia?". Lalu pemuda itu menjawab : "Ayahku meninggalkan solat".
.Selepas itu, Rasulullah SAW pun menghadap kearah para sahabat lalu bersabda : "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat, maka akan dibangkitkan juga oleh Allah SWT pada hari kiamat seperti babi hutan yang hitam".
.Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan