Photobucket

Isnin, 22 November 2010

Perkembangan besar dalam bidang sains


Perkembangan besar dalam bidang sains, seni dan teknologi juga telah dicapai sewaktu
zaman Nabi Sulaiman (as). Misalannya, Al-Quran menunjukkan bahawa kenderaan
pengangkutan di zamannya juga sepantas kapal terbang: “Dan Kami kurniakan kepada
Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi
perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang
perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan.” (Surah as-Saba', ayat 12).
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa jarak yang jauh mampu dilalui dengan cepat. Ini
merujuk kepada kenderaan udara yang menggunakan teknologi sama seperti yang
digunakan hari ini (wallahualam). Tambahan pula, Al-Quran mencatatkan bahawa:
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-
bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar
seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami
perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan
sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Surah as-Saba',
ayat 13)
Dalam erti kata lain, Nabi Sulaiman (as) menyebabkan para pekerjanya menggunakan
teknologi pembinaan dan senibina yang amat canggih.
Ayat lain menyatakan bahawa:
Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah)
golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam
(bagi menjalankan kerja masing-masing). (Surah as-saad, ayat 37)
Hakikat bahawa Nabi Sulaiman (as) mampu mengawal jin-jin penyelam menandakan
lokasi dan pengeluaran sumber-sumber dasar laut. Minyak dasar laut serta proses dan
kerja pengekstrakan logam berharga memerlukan teknologi yang amat maju. Ayat-ayat
ini menegaskan bahawa teknologi seumpama itu telah wujud dan diguna pakai.
Ayat lain menyatakan "mata air dari tembaga" (Surah as-Saba', ayat 12). Penggunaan
cairan tembaga menandakan kewujudan teknologi canggih yang menggunakan elektrik di
zaman Nabi Sulaiman (as). Seperti yang kita sedia maklum, tembaga merupakan antara
konduktor haba yang terbaik, maka ia dipercayai mewujudkan asas industri elektrik pada
masa itu. Ayat "Kami alirkan baginya mata air dari tembaga" dalam segala
kemungkinan merujuk kepada sejumlah besar kuantiti elektrik yang dikeluar dan
digunakan dalam banyak cabang teknologi (wallahualam).
Beberapa ayat menunjukkan bahawa Nabi Daud (as) memiliki pengetahuan yang baik
dalam pertukangan besi dan pembuatan senjata:
(Serta Kami wahyukan kepadanya): Buatlah baju-baju besi yang luas labuh dan
sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki dan kerjakanlah kamu (wahai
Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala
yang kamu kerjakan. (Surah as-Saba', ayat 11)
Al-Quran juga mengisahkan tentang tembok di antara dua gunung yang dibina oleh
Zulkarnain yang tidak mampu diseberangi dan ditembusi oleh masyarakat zaman itu.
Menurut ayat berkaitan, beliau menggunakan potongan-potongan besi dan cairan
tembaga:
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya
menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya
dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah
menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.
(Surah al-Kahfi, ayat 96)
Maklumat ini menunjukkan bahawa Zulkarnain telah menggunakan teknologireinforced
concrete.Besi, antara bahan paling kuat yang digunakan dalam pembinaan, amat penting
untuk menambah keteguhan binaan seperti bangunan, jambatan, dan empangan. Ayat ini
menyatakan bahawa beliau telah meletakkan besi dari hujung ke hujung dan
menghasilkan struktur konkrit yang teguh dengan menuang mortar ke atasnya
(wallahualam).
Prasasti dari peradaban purba Amerika Tengah merujuk kepada seorang yang tinggi, berjanggut dan datang dengan memakai jubah putih. Mereka juga melaporkan bahawa dalam jangka waktu yang singkat, kepercayaan terhadap dewa tunggal tersebar dan berlaku perkembangan mendadak dalam seni dan sains.
Ramai nabi seperti Nabi Yaakub (as), Nabi Yusuf (as), Nabi Musa (as), dan Nabi Harun
(as) telah diutus ke Mesir purba. Utusan-utusan ini dan golongan yang mempercayai
mereka telah membawa pengaruh penting terhadap peningkatan artistik dan saintifik yang
pantas oleh masyarakat Mesir pada kebanyakan zaman.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan