Jika anda sering bertembung dengan masalah untuk membuang fail-fail spyware tetapi gagal, cuba tips berikut: 1. Pastikan sistem anda dapat melihat fail-fail sistem dan juga yang tersembunyi. 2. Tutup semua aplikasi. 3. Restart komputer anda dan masuk ke dalam Safe Mode. Program-program spyware lazimnya gagal berfungsi apabila Windows berada dalam Safe Mode. 4. Periksa proses yang sedang berjalan menggunakan CTRL+ALT+DEL dan matikan program yang diragui. Jika anda tidak dapat menggunakan Windows Task Manager, anda boleh cuba menggantikannya dengan utiliti Process Explorer: http://www.sysinternals.com/Utilities/ProcessExplorer.html 5. Setelah program spyware berjaya dimatikan, sekarang gunakan MS-DOS untuk membuang fail spyware tersebut. Klik Start -> Run taipkan cmd.exe dan klik OK. 6. Arahan untuk membuang fail spyware adalah seperti berikut: del \folder\namafailtrojan.exe Command Prompt C:\> del \folder\namafailtrojan.exe 7. Andai fail tersebut masih berdegil, ubah atribut fail tersebut menggunakan arahan berikut: attrib -r -s -h namafailtrojan.exe Command Prompt C:\> attrib -r -s -h namafailtrojan.exe 8. Jika masih tidak berjaya, buang menggunakan program Move On Boot | |
KENALILAH PENCIPTA UNTUK MENGENAL DIRI KITA... DENGAN MENGENAL PENCIPTA HATI MENJADI TENANG… SESUNGGUHNYA RASA KEHAMBAAN DATANG DARI RASA… JIWA YANG MENGENAL PENCIPTA… DENGAN ITU BARULAH DATANG SEMANGAT UNTUK BELAJAR… KERANA BELAJAR ADALAH TUNTUTAN PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T.
Rabu, 22 September 2010
Cara Membuang Fail Spyware
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan