Photobucket

Rabu, 22 September 2010

Utiliti TCP/IP


Banyak peralatan yang disediakan di dalam Microsoft Windows Server dan Microsoft Windows 2000 Professional atau yang didatangkan bersama-sama dengan Windows 2000 Resource Kit untuk mengesan kerosakan di dalam network anda.

Keberkesanan untuk mengesan masalah di dalam network banyak bergantung kepada kebolehan anda menggunakan setiap arahan tersebut. Jika anda memahami setiap fungsi peralatan yang diberikan berserta dengan cara penggunaan pilihan yang betul, anda boleh mengenalpasti punca permasalahan dan memperbaikinya dengan mudah dan cepat.

Beberapa senarai peralatan yang dimaksudkan ialah:

Arp untuk mengurus Jadual ARP.
Hostname untuk memaparkan nama hos komputer.
Ipconfig untuk memapar dan mengubah nilai konfigurasi rangkaian TCP/IP.
Nbtstat untuk memaparkan statistik protokol dan sambungan NetBIOS semasa.
Netdiag untuk membuat pemeriksaan rangkaian komputer anda.
Netstat untuk memaparkan statistik protokol dan sambungan TCP/IP semasa.
Nslookup untuk memaparkan maklumat pelayan DNS.
Ping untuk menguji komputer di dalam rangkaian.
Route untuk mengurus Jadual Haluan rangkaian.
Tracert untuk merekodkan haluan ke hos.
Pathping untuk mengenalpasti router yang bermasalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan