Photobucket

Rabu, 22 September 2010

Buang Guuine

Background bertukar jadi hitam ialah kesan genuine software validation yang telah dikeluarkan oleh Microsoft untuk membendung kegiatan cetak rompak. Setahu saya ramai yang penah mengalaminya dan saya sendiri juga pernah mengalaminya. Kalau ikutkan saya dulu terus je format tanpa berfikir panjang bagaimana nak mengatasinyA, malas saya nak fikir. Ambil Tips saya ni dan cuba dahulu.


Benda Ini tersebar disebabkan oleh :
  • Apabila mengaktifkan Automatic Upadates
  • Software tersebut akan di install secara automatic kedalam sistem anda
  • Arahan yang dikeluarkan oleh software tersebut akan menyahaktifkan(disable) background anda dan beberapa fungsi penting(key features) lain..
Cara Mengatasinya

1. Buka Windows Task Manager.

2. Matikan(end) wgatray.exe process in Task Manager.

3. Restart Windows XP dalam Safe Mode.

4. Delete WgaTray.exe dari c:\Windows\System32.

5. Delete WgaTray.exe dari c:\Windows\System32\dllcache.

6. Buka RegEdit.(-taip di RUN..)

7. Cari(browse) lokasi ini:-
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\Notify

8. Delete folder ‘WgaLogon’ dan kesemua isinya.

9. Reboot Windows XP.


huhuhu... info best..aku penah buat menda nie... memang menjadi, tapi ader gak cara lain kan?


IPS PC (Pasang/Format/Install/Servis)


IPS PC (Pasang/Format/Install/Servis)
Format Machine
sebelum format sesuatu machine kene pastikan semua software dan driver lengkap... tak boleh nak pakai format terus.... pasti kan sebelum format masuk dulu DEVICE MANAGER untuk pastikan driver driver yang berkenaan.. contohnya driver vga jenis ape..... sound jenis ape... lepas tuh baru boleh format..... Nie le sedikit sebanyak step untuk orang yang baru nak belajar format machine nih... kang kalo semua dah lengkap aku ingat nak buat satu topic sticky kot...

1. Check driver machine... VGA, SOUND, etc
2. Sediakan CD software.... Operation System(OS) , etc (cth: MsOffice, Winamp, Mp3, Driver)
3. Hardware yang sihat sihat belaka......

Cara nak format:

1.  Masukkan CD OS... pastikan jenis driver telah dikenalpasti, dan pastikan juga CD itu BOOTABLE.
    Sebelum masukkan cd restart machine masuk dalam bios... lepas tuh setkan 1st boot CDROM 2nd boot HD.
    (andaikan anda tak gunakan startup disk floppy) Save setup & exit. Restart.

2.  Ikut arahan yang ada dalam CD tuh.... Start Computer with CD support kot (lupa die tulis apa)

3.  Tetapkan saiz partition dan format partition sama ada FAT atau NTFS

4.  Format partition yang telah dibuat... restart kembali.. dan seterusnya ikut arahan CD tersebut....
     (cth: masukkan no serial OS)

5.  Selepas siap install OS install lah pulak vga, sound, network card, printer, etc.



;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Servis RAM
Gunakan pemadam pensil atau pen kemudian tonyohkan pemadam tersebut pada plat tembaga RAM anda..... buat dengan berhati-hati..... apabila anda lihat tembaga tersebut kekuning-kuningan bermakna RAM anda telah siap di servis.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Buang File
Kalau anda ni jenis pemalas nak bersihkan recycle bin anda tips nih paling sesuai untuk anda. Masa nak del sesuatu file dalam machine anda tuh pilih folder yang nak del.... kemudian tekan kekunci Shift + Del. Senang kan?
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Pilih Windows
Ini pulak bagi mereka yang tak suka gunakan mouse macam saya nih.... Cara nya tekan Alt + Tab. Pilihla aplikasi mana yang anda mahukan
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;



Memasang pemacu keras
Biasanya, pemacu keras adalah peranti storan utama PC. Apabila anda memasang sesebuah sistem operasi (OS) atau aplikasi, ia disimpan pada pemacu keras. Julat kapasiti pemacu keras biasanya di antara 10GB sehingga 120GB untuk sebuah PC standard. Pemacu keras yang digunakan dalam contoh ini ialah pemacu IDE Seagate 20GB. Pasang pemacu ini pada kedudukan ‘primary master’ menggunakan kabel riben IDE.

1. Gunakan ‘jumper’ sedia ada, konfigurasi pemacu untuk menjadi “Master” pada satu saluran IDE.
2. Hubungkan kabel riben IDE pada papan induk dan pastikan orientasi Pin 1 adalah tepat (Pin 1 bertanda jalur merah pada kabel riben dan nombor 1 pada penghubung ‘primary master’ pada papan induk).
3. Pasangkan pemacu keras tadi pada kabel riben IDE pada kedudukan ‘master’ (pada bahagian hujung kabel riben IDE). Kemudian, pastikan agar kabel riben IDE tadi dipalamkan pada Pin 1 pada pemacu keras (Pin 1 pada pemacu keras adalah yang menghadap atau bersemuka dengan penyambung kuasa).
4. Letakkan pemacu keras tersebut ke dalam pelantar “HD 1” pada ‘casing’ komputer dan ‘ikat’ pemacu berkenaan dengan menggunakan skru pengikat pemacu yang berjumlah empat butir kesemuanya.

Memasang CD-ROM
CD-ROM (Compact Disk-Read Only Memory) pula digunakan untuk memindahkan data atau aplikasi ke dalam PC anda. Data pada CD-ROM dibaca oleh laser - tidak seperti pemacu keras yang menggunakan kepala pembaca/menulis (read/write). Kapasiti CD-ROM juga cukup besar, namun kebanyakannya boleh menyimpan 700MB sehingga 800MB data. Hanya CDR/RW boleh diformatkan untuk ditulis menggunakan pemacu CD-RW. Dalam contoh ini pemacu CD-ROM Sony 48x akan dipasang sebagai ‘secondary master’.

1. Gunakan ‘jumper’ yang disediakan untuk mengkonfigurasi pemacu menjadi ‘Master’ pada satu saluran IDE. Ketetapan untuk ‘jumper’ tersebut ada dinyatakan pada pemacu itu sendiri.
2. Hubungkan kabel riben IDE pada papan induk dan pastikan Pin 1 berada pada kedudukan betul (Pin 1 ditandai jalur merah pada riben kabel dan angka 1 pada penghubung ‘secondary master’ papan induk).
3. Pasangkan pemacu CD-ROM tadi pada kabel riben IDE pada kedudukan ‘master’ (di hujung kabel riben IDE). Pastikan bahawa kabel riben IDE ditempatkan pada Pin 1 pada pemacu CD-ROM (Pin 1 pada pemacu CD-ROM adalah berhadapan atau bersemuka dengan penghubung kuasa).
4. Pasangkan kabel audio untuk CD-ROM. Tempatkan pemacu CD-ROM tadi ke dalam pelantar 25” di bahagian atas ‘casing’ komputer anda dan ‘ikat’ pemacu tersebut menggunakan 4 unit skru pemacu.

Mamasang pemacu disket
Pemacu disket menyimpan maklumat seperti pemacu keras yang menggunakan kepala pembaca/menulis (read/write). Pemacu disket hanya menyimpan sejumlah kecil data berbanding apa yang mampu disimpan pada CDR/RW dan pemacu keras. Disket standard memiliki kapasiti data 1.44MB (berbanding 700MB pada CD-ROM standard). Bagaimanapun, pemacu disket telah teruji dari masa ke semasa dan sehingga hari ini, ia masih dianggap sebagai komponen standard PC. Dengan lain perkataan, peranti ini masih digunakan.

1. Kenal pasti kabel riben pemacu disket IDE (kabel ini berpintal pada satu hujungnya) dan sisipkannya kepada penghubung pemacu disket yang terdapat pada papan induk. Pastikan hujungnya yang berpintal itu rapat dengan pemacu disket dan Pin 1 berada pada kedudukan betul (sama seperti pemacu keras).
2. Seterusnya, hubungkan pemacu disket tadi ke hujung kabel riben IDE dan pastikan Pin 1 berada pada kedudukan yang betul. Anda boleh berpandukan kepada jalur merah yang terdapat pada kabel tersebut.


Artikel Perniagaan




Sedang berfikir untuk menceburi bidang perniagaan …. Sila baca ini dahulu!
by NAZA

Artikel 'semua yang anda ingin tahu' ini merupakan satu editorial yang berfaedah yang  memberi  satu senarai 'sebelum anda bermula' yang baik. Senarai ini berguna untuk mereka yang serius untuk memulakan perniagaan sendiri.
Memula dan mengurus perniagaan memerlukan motivasi, keinginan dan bakat.  Ia juga memerlukan kajian dan perancangan yang rapi.Seperti permainan catur, kejayaan di dalam perniagaan bermula dengan langkah yang tegas dan tepat. Walaupun kesalahan  yang dilakukan di peringkat permulaan berniagan tidak begitu menjejaskan perniagaan, tetapi ia memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha  gigih untuk mendapatkan  semula peluang tersebut.
Untuk berjaya, cari dan nilai matlamat perniagaan dan  juga diri anda.Gunakan maklumat ini untuk merangka pelan perniagaan secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut.
Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang belum anda pertimbangkan. Perancangan anda akan menjadi alat dan buku panduan yang berharga untuk anda berusaha mencari sumber pembiayaan.Ia juga berfungsi sebagai pengukur kejayaan perniagaan anda.

1. Baru Bermula
Sebelum bermula, senaraikan sebab-sebab anda mahu memulakan perniagaan. Sebahagian daripadanya ialah :
· Anda ingin menjadi seorang majikan
· Anda inginkan kebebesan kewangan
· Anda inginkan kebebasan kreativiti
· Anda ingin menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang ada
2. Menentukan perniagaan yang 'sesuai untuk anda'. Tanya diri anda :
· Apa yang saya buat di masa lapang?
· Apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau perolehi?
· Apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya?
· Bolehkah saya mendapat sokongan dari keluarga ?
· Berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya?
· Adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan?
3. Kenalpasti 'niche' perniagaan anda.  Jalankan kajian yang perlu untuk menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah jenis perniagaan yang saya minati?
· Apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan?
· Adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak/ keperluan?
· Siapakah persaing saya?
· Apakah kelebihan perniagaan saya berbanding dengan perniagaan sedia ada?
· Bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi?
· Bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya?
4. Buat senarai 'pra-perniagaan'.Anda perlu menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini?
· Bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang?
· Bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan?
· Apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan?
· Apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan?
· Apakah imbuhan untuk diri saya?
· Apakah sumber yang saya perlukan?
· Di manakah premis perniagaan saya?
· Apakah nama perniagaan saya?
Jawapan ini akan membantu anda untuk membuat rancangan perniagaan lebih fokus dan menyeluruh  yang boleh berfungsi sebagai 'blueprint'. Ia akan memberi butiran terperinci bagaimana peniagaan akan dijalankan dan diuruskan.
Rancangan perniagaan merupakan asas penting untuk memulakan perniagaan. Setelah anda menyiapkan rancangan tersebut, semak dengan kawan dan rakan perniagaan.  Apabila anda berpuas hati dengan isi dan strukturnya, buatlah temujanji dengan pegawai bank untuk semakan dan perbincangan lanjut. Rancangan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan anda berkembang.

Kunci Rahsia ASTRO


To All,

Pada sesiapa yang ada masalah dengan DSR Astro dimana mereka tidak dapat siaran pada masa tertentu sehinggakan berlarutan dan kadangkala tiada siaran terus:

1. Sebelum memanggil technician cuba pergi ke bahagian "Menu DSR/Satellite Signal", didalam menu tersebut tekan butang 3, 6, 9.

2. Anda akan dapat menu "LO Frequency", disitu setting default sepatutnya "Manual" dan "Frequency" pada 10.000 GHz. Selepas keluar dari menu tersebut siaran anda akan sambung seperti biasa.

Teknik ini selalunya akan dicaj RM40-RM100 pada pelanggan. Oleh itu jangan tertipu dan sebarkan maklumat ini kepada orang ramai. Wasalam,

pin default biasa 0000..mungkin ada sesape yg set pin lain kot...atau remote dah uzur tekan no lain kuar no lain.

kalo set lo frequency mcm 20.000ghz ke / lebih ape jadik?

aku dah try dah,..cume boleh sampai 10,000ghz je, .....

sedare , ini akan jadikan siaran astro kite boleh ditonton pada bile2 mase ke? ( hujan lebat/ mendung / awan tebal)....
" Tiadalah manusia itu mendapat sesuatu, melainkan apa yg diusahakannya "


Kalau bila hujan lebat atau mendung tebal, saudara kena pasang alat booster kat parabola Astro anda. Alat ini akan improve DSR Astro punya receiving power cthnya macam kalau sebelum ni dapat 60% alat tu akan increasekan signal ke 80%. Dengan itu siaran Astro tidak akan tergendala ketika hujan lebat atau mendung tebal.

Menu rahsia digunakan utk bila alat DSR Astro "hang" ketika power trip tiba2 or kena sambar petir... Perkara ini dibuat base on experience...


aku dah try dah,..cume boleh sampai 10,000ghz je, .....


Signal Satellite


Setiap satellite ader requirement memasing untuk signal go through

TVRO(ASTRO) = pakai dish 0.6m
KU-BAND (internet+data+voip) = pakai dish 0.98,1.8,1.2 mtr
C-band (internet+data+voip) = kebanyakan pakai 1.8 and 2.4 mtr

yang kat ats petronas itu C-band punya frequency,

VSAT PUNYA PROVIDER

1)C-band punya signal
a:TM
b:TS GLOBAL
c:BAYCOM
d:SMART DIGITAL (dah lingkup dalam proses pengambialihan oleh JARING)

2)KU-BAND PROVIDER
a:NUMIX ENG & TM
b:IPSTAR
c:SMART DIGITAL (dah lingkup dalam proses pengambialihan oleh JARING)
d:ASTRO (TAPI JUST UNTUK TVRO SHJ)

3)KA-BAND
1:IPSTAR

Memang xboleh sebnrnya...Kita tak tau frenkusi aper yg dier guna, beraper power (watt) dia pakai...semua nie bnda penting dlm tx/rx..aku penah buat research kat RTM (TVRO), masa depa received siaran langsung, diorng duk diam2 dlm bilik/ofice..sebab kesan dari proses Tx/RX akan menghasilkan kesan electromagnetic. Boleh tembus badan dan mematikan sel (mcm microwave masak ayam). Future efect, kalau kahwin susah dapat anak lelaki@berkemungkinan barah. Sebab tu kat tmpt pemancar2 (DIsh yg besar2 gaban) diorng pakai sut khas.

MCMC boleh detect saper2 yg pakai...cuma mgkn belum ada tindakan. MCMC punya equipment canggih, boleh kesan hotspot kat mane2. kalu die jumper hotspot yg ilegal (xder dalam senarai lesen MCMC), senang2 jer dier boleh saman.

Korang boleh test guna Spectrum Analyser..Mula2, cek dulu antena kat umah, beraper freq n power yg dpt ditangkap oleh antena umah, pastu test kat antena/dish yg dikatakan ilegal, kalau tiada perbezaan dari power, xder masalah...kalau berbeza@lebih memang ada masalah la bahaya untuk anak2 dan berisiko untuk dipanah petir...tebaabooo....

Aku penah hadapi masalah mcm nie kat tmpat keje. Signal DGPS aku hilang. Biler buat scan, ada source yg ilegal dan hampir sama freq yg aku pakai, cuma watt dier tinggi, lebih kurang
wacko.gif50 watt (mungkin untuk tujuan transmit percakapan)

Korang boleh cube join Radio Amatur. Boleh belajar mcm2 perkara.


nih apa yg aku tau ....mende nih bukan pasal tx/rx lagipun kuasa kegunaan julat miliwatt je..sbb utama disc dia mmg telalu besar lagipun utk home user ia sebagai rx jer takder nak transmit apa2 pun...cuma utk receive je...sbb utama footprint...signal yg dihantar oleh mana2 satelite mmg terlalu lemah dan bukan smua satelite yg kita bleh dapat(capture) signal..tu sbb dia pakai disc yg besar?

contoh dan perbezaan kalo ko pakai disc astro (ku band) ko bleh terima 1 channel tv indon tu pun kalo ko tala kat palapaC2....

kalo ko pakai disc sebesar 4kaki (c-band) ko bleh dapat 24 channel free to air.....di palapaC2


dah penah try kat asiasat3 free to air sampai lebam bijik mata layan soccer madridTV3.



leceh oi nak wat parabola nie......byk cekadaknyer..
mengikut yg aku tau, kalo ko nak psg kat umah ko utk receive jer mcmc x detect. lagipun ko tx signl so tak mengganggu jiran tertangga....kemampuan rx channel tu ikut gain antenna tu...ada yg takat 50dBi jer ada yg beratus.. makin byk makin jauh ko leh rx...makin jauh ko leh rx makin besorlah antenna ko.....
astro tu kecik jer pasal dia guna freq yg lebih tinggi bkn VHF/UHF mcm channel free....so kalo ko nak beli pastikan ko beli yg bleh rx VHF/UHF band....dan yg paling penting disemanjung, parabole memerlukan lesen kalo tak denda max rm100,000.00.....



Skim PROSPER Runcit


Skim PROSPER Runcit


Pakej Keusahawanan PROSPER Runcit merangkumi :
1. Pembiayaan Perniagaan A & B berasaskan Syariah
2. Kemahiran Keusahawanan

1. PEMBIAYAAN PERNIAGAAN BERASASKAN SYARIAH

a) Pakej A - Pembiayaan daripada RM70,000 sehingga RM200,000
i. Pembiayaan Perniagaan
Pakej ini, menawarkan pinjaman yang berlandaskan Qard Al-Hassan, di mana peminjam perlu memulangkan segala wang pokok secara berjadual. Melalui pakej ini, usahawan perlu menyumbang sekurang-kurangnya 10% manakala PUNB menyediakan pinjaman sehingga 90% dari keseluruhan kos projek tertakluk kepada had maksimum RM200, 000.
ii. Perkhidmatan Perniagaan
Selain daripada pembiayaan, Pakej A juga merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra operasi perniagaan, pemantauan akaun dan khidmat nasihat perniagaan. Perkhidmatan ini dikenakan caj yang berpatutan kepada usahawan.
b) Pakej B - Pembiayaan daripada RM200,001 sehingga RM1,000,000
i. Pembiayaan Perniagaan
Pakej ini menawarkan pembiayaan terhad kepada RM1 juta melalui Musyarakah Mutanasiqah (suntikan eukiti), Bai Al Inah (BAI), Bai Bithanam Ajil (BBA) dan/atau mana-mana instrumen pembiayan bergantung kepada keperluan perniagaan yang dicadangkan. (Struktur syarikat mestilah Sendirian Berhad kecuali untuk stesen minyak)

Dalam projek ini, jika usahawan hanya menyumbang keperluan modal permulaan sebanyak 10%, PUNB akan menyuntik ekuitinya sebanyak 10% untuk menjadikan jumlah ekuiti syarikat sekurang-kurangnya 20% daripada kos projek dan selebihnya adakan dibiayai melalui BAI atau BBA atau instrumen pembiayaan lain yang bersesuaian.
Tetapi jika usahawan dapat menyumbang keperluan modal permulaan sebanyak 20%, maka baki kos projek tersebut sebanyak 80% akan dibiayai oleh PUNB melalui BAI atau BBA atau instrumen pembiayaan lain yang bersesuaian.

ii. Pakej Pinjaman & Perkhidmatan
Selain daripada pembiayaan, Pakej B juga merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra operasi perniagaan, pemantauan akaun dan khidmat nasihat perniagaan.
2. KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

PUNB juga menawarkan kursus-kursus berkaitan dengan kemahiran keusahawanan seperti kursus kesedaran dan motivasi keusahawanan, pembangunan pengurusan, kemahiran pemantauan operasi dan tadbir urus korporat dari semasa ke semasa.
BIDANG PERNIAGAAN
PROSPER Runcit menawarkan peluang perniagaan runcit dalam bidang-bidang seperti berikut:
  • Kedai emas
  • Pengusaha stesen minyak
  • Bengkel baik pulih kenderaan
  • Klinik pakar/ perubatan/ gigi/ haiwan
  • Kedai tekstil & pakaian
  • Kedai cermin mata/ optik
  • Firma arkitek/ akauntan/ guaman dan lain-lain firma professional yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Kedai logam & bahan binaan
  • Farmasi
  • Penjualan makanan
  • Kedai kasut/ barangan kulit
  • Kedai kosmetik & kecantikan
  • Kedai aksesori wanita
  • Kedai peralatan komputer/ telekomunikasi & IT
  • Kedai buku & alatulis
  • Kedai herba dan ubatan tradisional
  • Peralatan sukan dan rekreasi
  • Kedai elektrik & elektronik
  • Kedai runcit/ pasar mini
  • Lain-lain perniagaan yang bersesuaian

SYARAT KELAYAKAN

Usahawan
  • Bumiputera
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai ciri - ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi
  • Sanggup mengikuti kursus - kursus yang dikenal pasti
  • Mempunyai rekod yang baik dengan institusi kewangan
  • Sanggup bekerja sepenuh masa
  • Membiayai sekurang - kurangnya 10% daripada jumlah kos projek
Perniagaan
  • Bidang peruncitan
  • Perniagaan 100% milik Bumiputra
  • Perniagaan yang berdaya maju dengan pembiayaan tidak melebihi RM 1 juta
  • Perniagaan yang tidak mempunyai bantuan kewangan dari institusi kewangan yang mengambil cagaran ke atas sebahagian aset syarikat
  • Lokasi perniagan telah dikenal pasti
Proses Permohonan
Proses pendaftaran dan kelulusan pembiayaan projek adalah seperti berikut;

Cara Memohon

Borang pendaftaran boleh didapati daripada Sekretariat PROSPER secara percuma atau daftarlah secara talian terus (online) melalui laman portal ini. Borang yang diisi dengan lengkap perlu dihantar kepada:

Sekretariat PROSPER
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
atau