Photobucket

Selasa, 17 Ogos 2010

Nabi Ibrahim AS.







Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim AS juga di kenali sebagai BAPA PERGORBANAN, dan aku rasa tak payah nak terang lagi sebab tiap tiap tahun kita buat ibadat korban sembelih lembu dan kambing serta unta sambil mengenang PERGORBANAN Nabi Ibrahim AS.

Apa yang Nabi Ibrahim Korban?

Pendek cerita, Nabi ibrahim a.s ni takde anak, doa punya doa punya doa, umur 80 tahun lebih kurang barulah Allah bagi anak, Tapi Allah suruh Nabi Ibrahin meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang takde asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang. Maka Nabi ibrahim AS sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu pergi berdakwah..,

Pesan Nabi Ibrahim kepada isterinya:
"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."

Lalu berangkatlah nabi ibrahim a.s dengan perintah Allah meninggalkan anak yang baru lahir bersama ibunya di padang pasir yang tandus dan kudus..

Huh, orang zaman sekarang tinggal anak bini berdakwah siap ada Handphone, SMS, ada peti sejuk dan bukan kat padang pasir tapi kat taman perumahan yang segala-gala kemudahan ada.., bank commers pun dekat ajer, tapi itupun masih tak sanggup nak tinggal sekejap (bukan 7 tahun, beberapa hari jer..) kerana ugama..0h! (aku ler ni..isk..)

LEBIH KURANG 7 TAHUN KEMUDIAN…

Baginda telah pulang dengan hati yang berbunga-bunga, al-maklumlah anak dah besar, boleh main lari-lari, main sorok-sorok, ketawa-ketawa, boleh main batu seremban, congkak dan lain lain..

Tapi.., datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi jalan Allah selama 3 tahun,

Menangis Siti Hajar lalu membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):

“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!

LEBIH KURANG 3 TAHUN KEMUDIAN…

Pulanglah baginda dengan hati yang sangat rindu pada anaknya, anak aku dah besar, dah pandai bercakap, boleh aku ajar itu-ini. Tapi.., Allah perintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya mengorbankan anaknya pula, bunuh terus, sembelih hidup-hidup.

Korang semua yang aku muliakan,
NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANG
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJA
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJA
TAPI ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…

DAN BAGINDA TELAH MELAKUKANNYA….

Pisau telah di asah, dan telah di kenakan pada leher anaknya..

Pisau juga telah di tekan ke dalam daging, dan tarik menarik telah bermula..

Baginda buat sungguh-sungguh, tapi pisau tak lut, Allah tarik sifat pisau yg memotong, susah hati baginda fikir macamna nak sembelih anak dia, baginda asah pisau lagi dan sembelih lagi dan lagi akan anaknya tapi tak cedera sedikitpun .

Baginda buat berkali-kali sehinggalah datang malaikat Jibril a.s bagitahu lebih kurang cakap:“cukuplah duhai Nabi Ibrahim, engkau telah buktikan cintamu pada Allah mengatasi segala-galanya, engkau sanggup korbankan apa saja demi Allah walaupun nyawa anakmu sendiri, Maka sebagai hadiah Allah telah hadiahkan seekor kibas dari langit yang diambil dari zaman nabi Adam dulu kepunyaan Qabil(Qabil ke Habil? Kene check semula nanti)

Lalu bersyukurlah akan Nabi Ibrahim a.s kerana Allah telah iktiraf iman baginda…

Maka hadiah itu di sembelih dan telah menjadi amalan yang di tuntut oleh ummat islam sampai akhir zaman sehinggalah ke hari ini…

Jadi, Pernah tak korang ‘sembelih’ perasaan cinta korang pada anak isteri demi kerana Allah?

Dan itulah PENGORABANAN..

Maka, apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri adalah PENGORBANAN...

Sesungguhnya, Kalau kita nak dapat kebahagian dengan harta benda. Kita kena korbankan waktu bersama keluarga,

Dan kalau kita nak dapat kebahagian dengan Allah, kita juga kena korbankan kebahagian dengan anak dan isteri kita!…

Oh..

Berkorbanlah sebelum menjadi mayat…!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan