Photobucket

Isnin, 16 Ogos 2010

Soalan?.

> Siapakah orang yang sibuk?
> > Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
> > solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
> > Sulaiman a.s

> > Siapakah orang yang manis senyumanya?
> > Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
> > musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
> > berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
> > senyuman.

> > Siapakah orang yang kaya?
> > Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
> > tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

> > Siapakah orang yang miskin?
> > Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
> > sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

> > Siapakah orang yang rugi?
> > Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
> > masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

> > Siapakah orang yang paling cantik?
> > Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

> > Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang
> > mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
> > amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
> > memandang.

> > Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
> > Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
> > membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

> > Siapakah orang yang mempunyai akal?
> > Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
> > kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
> > neraka.

> > Siapakah org yg KEDEKUT ?
> > Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang catatan ini begitu
> > sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan