Photobucket

Rabu, 22 September 2010

Gunakan Eraser


Katakan anda delete satu-satu fail dari komputer, kemudian anda kosongkan Recycle Bin. Adakah fail tersebut telah hilang dari PC anda? Jawapannya tidak. Fail tersebut masih boleh diperoleh kembali menggunakan software yang khusus untuk data recovery, contohnya Ontrack Easy Recovery Pro.
Mungkin ada di antara fail-fail tersebut yang anda tak nak orang lain baca. Jadi, untuk menghilangkannya terus dari komputer anda, gunakan Eraser. Caranya mudah sahaja:
  1. Download dan install Eraser. Kemudian, buka program Eraser
  2. Pilih menu File > New atau tekan Ctrl+N untuk membuat satu tugas baru
  3. Tentukan partition mana yang akan dikosongkan dan klik butang OK
  4. Ulang langkah 3 untuk semua partition atau folder yang ingin dikosongkan. Anda akan dapat lihat senarai tugas yang dah ditetapkan dalam Eraser
  5. Untuk memulakan kesemua tugas tersebut, pilih Task > Run All atau tekan butang Ctrl+Alt+R

Tiada ulasan:

Catat Ulasan