| |||||||||||
| |||||||||||
| |||||||||||
Semasa proses POST, BIOS mampu untuk mengesan ralat pada sistem, biasanya apabila berlakunya ralat, sistem akan mengeluarkan bunyi beep tertentu dan disertai dengan mesej: PRESS F1 TO CONTINUE atau CTRL + ALT + ESC atau DEL TO ENTER SETUP Artikel ini hanya akan menerangkan kod ralat bagi sistem yang menggunakan BIOS jenis Award sahaja. Sila pastikan terlebih dahulu jenis BIOS yang anda gunakan kerana setiap BIOS mempunyai kod ralat yang berbeza. Kod ralat BIOS Award Semasa artikel ini ditulis, terdapat hanya satu sahaja jenis bunyi kod beep dan lebih 40 jenis mesej ralat bagi BIOS Award. Satu bunyi beep yang panjang diikuti dengan dua bunyi beep yang pendek menandakan terdapatnya ralat pada video di mana BIOS tidak dapat untuk menerima isyarat video. Mesej ralat pula ialah mesej yang dipaparkan pada skrin komputer yang menunjukkan kesilapan pada sistem papan induk. Antara mesej ralat yang paling kerap dihadapi oleh pengguna ialah jenis hasil tambah semak (CMOS checksum error). Masalah CMOS checksum error biasanya adalah disebabkan kegagalan CMOS untuk mendapatkan keputusan tepat bagi hasil tambah-semak di dalam BIOS. Berikut adalah 4 jenis kod ralat CMOS checksum error bagi BIOS Award dan keterangan mengenainya:
Jika diteliti keterangan mesej ralat pada jadual tersebut, masalah checksum error biasanya adalah disebabkan oleh kelemahan pada bateri CMOS. Untuk mengatasinya, anda boleh gantikan bateri tersebut dengan bateri yang baru. Bateri ini boleh didapati di mana-mana kedai aksesori komputer pada harga sekitar RM5.00 sahaja. |
KENALILAH PENCIPTA UNTUK MENGENAL DIRI KITA... DENGAN MENGENAL PENCIPTA HATI MENJADI TENANG… SESUNGGUHNYA RASA KEHAMBAAN DATANG DARI RASA… JIWA YANG MENGENAL PENCIPTA… DENGAN ITU BARULAH DATANG SEMANGAT UNTUK BELAJAR… KERANA BELAJAR ADALAH TUNTUTAN PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T.
Rabu, 22 September 2010
Mengatasi masalah CMOS checksum error
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan